Wawa - Bento Journey: ..::Bento : TIPS::..

Followers

Monday, September 16, 2013

..::Bento : TIPS::..


Bento dah jadi mcm satu ketagihan buat aku. Rasa seronok dpt buat bento utk elman mmg aku tak tipu. Since elman start makan solids food start pada tu lah aku jadi semakin dan semakin suke buat persiapan untuk anak. Solids food elman pun dah cukup puas aku buat untuk dia. stat10 bulan elman dah start makan nasik biasa dan boleh kunyah benda keras, barulah aku start dengan bento yg cute2 ni
Puteri raifana [Mama Ilman] pernah request untuk buat entry camne aku buat jadual masa sampai kan aku sempat untuk buat benda2  comel ni almost hari2. ok, ini sikit yg aku boleh kongsi bedasarkan pengalaman aku dan masa aku. [Tak refer sesape]
Biasa nya raw food yg memerlukan aku potong atau ricih aku akan buat malam2, esok pagi tinggal tumis je. Biasanya kalau aku niat nak masak nasik goreng or bihun goreng baru aku buat macam ni. 
Dan seperkara lagi yg mudah, mcm sup, kuah pasta, atau ape2 sahaja lauk elman yg berkuah aku akan masak selewat2 nye sebelum aku tido pkul 11.00 malam. lepas masak tu tutup api dan tutup periuk elok2, biar je atas dapur. esok pagi2 dalam pkul 6.30 aku akan panaskan dan start dengan deco2 ni. Sebenarnye hanya memakan masa 15 minit sahaja untuk persiapan bento elman setiap pagi. Sekadar masukk kan makanan dalam bekas, punch seaweed yg bentuk smile, susun rumput2 tu tepi bekas dan cucuk je bento tu dengan food pick. dah siap!
Mungkin kroang nampak mcm susah dan remeh. sebenarnye langsung tak susah! 
Senang kata, cube dulu baru tahu :)
 
 



Sincerely.. By Me. Wawa Yusoff

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...