Wawa - Bento Journey: ..::Bento 104,105 & 106::..

Followers

Wednesday, January 1, 2014

..::Bento 104,105 & 106::..

Bento terakhir di tahun 2013 :)

Bento 104 : Elman Mikhael

Bento elman mikhael aku isikan nasi, ayam madu dan singgang bayam.

Suka sangat lunchbox katak 2 tingkat ni. pengasuh elman belikan kat Daiso. yg best nya lunchbox ni sebab kat tingkat tengah tu ade penutup. Jadi nya kalau isi kuah2 mmg selamat. tak payah 2, 3 bekas :)


Bento 105 : Bento mommy kael :)

Ini adalah so sedap! kesah pulak korang aku puji masakan sendiri. bahahaha!

Sambal ikan keli bawang lebih, nasi, fruits and.......... Kuah tetinggal kat umah. Nak makan aku pegi carik kuah kat budak i.t. kebetulan diorang ada kuah ikan tongkol pagi tu. mintak sket. kalau tak nasik kering aku makan pagi tu. hehehehehe

Lunchbox ni pun pengasuh elman belikan. 2 tier jugak tp yg ni 1st tier xde cover so kalau kuah mmg kena letak bekas lain la supaya tak tumpah. tu pasal tertinggal -,-

Bento 106 : Bento ayah kael

Sama je lauk dgn aku tp dia complete ade kuah. aku je yg lupa kuah. Mirzal dah semakin selesa berbento ke opis. Siap malam2 kalau nampak aku masak lebih mesti dia tanya utk bekal esok ke? Nak sebut bento malu le tewww... hahahaha. Lawak la si mirzal ni :D


 And this is how i packed our foods. Alhamdulillah aku bertuah satu ofis dengan husband, Tu kadang aku terpikir mcm mana kalau aku pindah  ofis asing2 or jauh sikit dari rumah. sempat ke tidak aku meneruskan rutin mcm sekarang. Harap dipermudahkan. In shaa allah. amin :)



Simply By Me~Wawa Yusoff

2 comments:

ida said...

salam kenal..
gigihnya awak bento hari2..bangun pukul brapa hari2

erm, nak tanya bento tu letak dlm thermal box ker? beli kat ner? ada tau online mana2 yg jual?
tq

Wawa Yusoff said...

Hye ida :)

salam kenal.. Thermal beg tu kita beli kat Daiso je. Takde la tebal sangat alas aluminium nye tp boleh la setakat nak sampai ke ofis & umah pengasuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...