Wawa - Bento Journey: ..::Bento # 135 : Nasi Goreng Thai Seafood::..

Followers

Tuesday, January 28, 2014

..::Bento # 135 : Nasi Goreng Thai Seafood::..



Mommy kurang sihat. So sempat prepare simple food je utk budak cendawan ni. Nasi goreng ni pun panaskan je food dinner pastu masukkan je potato bun tu. Kael suka potato bun.

Resepi Nasi Goreng Thai Seafood
Resepi sendiri *klu tak sedap jangan marah aaa*

Bahan-bahan :-
2 pinggan nasi putih
*3 ulas bawang putih 
*1 Biji bawang merah size sederhana
*Lengkuas -sebesar ibu jari-
*Halia -sebesar ibu jari-
*Serai sebatang
*Kunyit Hidup -Size kecil-
*Belacan Dibakar dahulu -sebesar ibu jari-
*Cili Api 2 biji -lebih kalau nak pedas-
*Cili Merah 1 Batang
Sayur - Sayuran -optional-
Garam Secukup Rasa
Sos Tiram secukupnya
3 ekor sotong - di hiris
8 ekor udang - di buang kulitnya

Cara - Cara :-
Kisar Semua bahan bertanda (*) dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan Udang dan Sotong tumis sehingga masal
Masukkan Sos Tiram dan Gaul
Masukkan Nasi dan gaul sebati, kemudian masukkan garam.

SIAP...!!

Laki i ollss cakap LULUS.

hip.hip. Horeyyy...!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...