Wawa - Bento Journey: April 2014

Followers

Friday, April 18, 2014

..::Bento#177, 178 & 179 : Nutella sandwhich::..

And for today.....

Sandwhich nutella dan Apple sahaja.

Ini lah kekdah nya klu liat sangat nak bangun pagi.


Lunchbox nutella tu aku dapat free promotion beli 2 botol nutella dapat lunchbox. nutela tu mmg dia susun 2 botol dalam bekas tu. omey sangat. Sandwchich box hijau tu dari Daiso. 5 hengget sahaja.

Kalau ada yg membeli sandwhich box ni makesure alas dulu dengan food paper sbb box ni ni berlubang. kotor plak makanan korang terdedah dek habuk nnt. Aku alas dengan tissue je. pon boleh.... kekekekeh

..::Bento # 174,175 & 176 : Makanan Ringan::..

 Ini bento semalam. 17 april 2014.

Aku tapaukan makanan yg paling mudah dan ringan utk sarapan dia sebab si bulat ada birthday celebration dengan kawan2 dia kat rumah umi liza.


Utk aku dengan mirzal, burger dengan apple sahaja.
Aku punya ada mozarella cheese stick. Mirzal x de sebab dia tak suka. Masin katanya. 
Memang pon. kih3.

..::Bento# 171, 172 & 173::..


Selepas lama cuti, harini mommy cergas buatkan dia bento utk si bulat sebab 16.4.2014 ni birthday dia yg kedua tahun....! tp dah 18 hb baru aku update?? kwang3.

Dari bekas cendawan ke budak cendawan... hehe.

Lunchbox ni kawan bento yang bagi. Tuan Puteri Tengku Fauziana.
Kemain aku melambung nama budak ni. kahkahkah!!


Lauk kami anak beranak pagi ni Kuah carrot kegemaran si bulat dan ayam goreng hitam.

Ini resepi orang malas masak tapi nak makan sedap2. korang pun boleh try. gaulkan ayam dengan garam, kunyit dan kicap manis. lebihkan garam kunyit tu tau sbb nnt kicap tu akan "makan" rasa garam kunyit tu. paham tak ayat yg aku guna?? paham2 jela.. pastu korang grill dengan minyak yg sedikit. sedap!

Monday, April 7, 2014

..::168, 169 & 170 : Ayam Perchik::..


Bento kami harini adalah Homemade ayam perchik yg buat pertama kali aku buat.
Dapat marinate setengah hari pun dah cukup sedap. Aku start perap pukul 11. lepas tu masuk peti ais dan terus merayap ke The Cureve bersama kesayangan.

Sampai rumah jam 4.30 pegi birthday party kwn kael pulak. 
Pukul 6.00 pm cenggitu dia mintak makan. "Amam.. mi, amam.."

Nasi mirzal dah masak siap2 pagi tu. Ptg tu aku tinggal grill je ayam nya dan kael mkn sangat lah berselera. Favorite part dia bahagaian drumstick. mmg dia suka.

Pagi esok nye aku panas kan je balik ayam tu dan bungkus kan bekal bertiga yg serba biru utk kami. hehe :)




Resepi Ayam Perchik :-

8 ketul ayam
2 biji bawang besar
8 ulas bwg putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
3 batang serai
2 inchi lengkuas
1 sudu cili giling
seketul kiub ayam -optional-
1 sudu teh penuh garam
Madu 2 sudu besar


Cara-Cara :-
 Kisar semua bahan tu dan ko perap kat ayam. 
Settle..!

Kemudian tu ko grill je atas kuali leper/pemanggang ajaib dengan minyak yang sedikit.
Nak lagi sedap ko grill atas dapur BBQ lagi best :)

**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

Tuesday, April 1, 2014

..::Bento#165,166 & 167 : Snack Bento::..


Bekal kami yang serba hijau harini. Entah kenapa bangun2 je terus capai mangkuk2 hijau ni dan lepas tu "Eh?! hijaulah...hehehehe" (ye, aku gelak sensorang pagi tadi)


Simple je bento kami harini. Ngam2 kenyang utk sarapan je. Utk lunch beli lain. Nutella sandwich sebagai main course. Utk kael add on apple dan calciyum. Utk mommy pulak add on apple dan vitagen dan utk ayah apple saje. heheheh :)

Vitagen pun pilih kaler hijau jugak!!
Mudah nye berbento. utk yg baru nak start berbento boleh la mula dengan menu yg mudah mcm ni. tak susah pun. aku gunakan masa dalam 15minit je utk prepare 3 org punya bekal. 

Klu dah expert sikit sok boleh la buat heavy bento pulak. Ni baru nak jinak2 berbento terus2 korang start dengan nasi goreng la, pasta la, bihun goreng la mmg korang akan rasa leceh. silap2 fedap. So....utk permulaan mulakan lah dengan yg sehabis simple. Roti sapu jem pun ok ape :)


*********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

..::Bento # 163 & 164 : Rice and Veggie Soup::..

Bento 163 : Elman Mikhael


Filled with Rice, Veggie Soup & Apple
Vitagen & Calciyum for snack
Kael loves carrot so much :)


Bento : 164 : Mommy
Filled with Rice, Sambal keli, Veggie Soup & Apple

Kael pun dah suka makan ikan keli. Ratah lagi. Risau jugak untuk toddler ok ke bagi ikan keli ek??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...