Wawa - Bento Journey: May 2014

Followers

Thursday, May 15, 2014

..::Bento#185,186,187::..


Harini menu nasik goreng lagi. dah tu nak buat mcm mana. lauk mlm td dah licin kami makan. nak masak lauk pepagi mcm ni mcm malas la pulak. bahan basah pun x byk. lagi pun kael suka nasik goreng :)
Tapi kali ni ada ikan bilis dengan telur. lebih la sikit rasa nye. itu pun sbb kiub dah habis. haha.


biskut keju dengan kek kinder bueno utk kudapan kael. kot la kalau dia mau makan. klu tak makan kawan dia ramai boleh tlg perabis. yg ade ayam sambal tu aku punya. yg nasi goreng kosong mirzal punya. Pasal nye mlm td aku dah kata jgn mkn lebih klu tak esok xde lauk utk dia. dah dia kata tak kesah. maka nye, hajat tertunai. bini ko kejam yang :D

ok, sebelum tu aku selit sikit. ade certain lunchbox comel ni aku jual. sebab ramai sgt yg tanya. 
yg tu entry lain lah.

..::182,183 & 184::..


Nasi Goreng telur
melajukan diri utk menggoreng nasi pagi ni. sarapan si anak dan suami. 
Nasi goreng yg paling senang nak di buat. 
Nak2 nye aku jenis suka simpan bawang2 yg dah siap blend.
Bangun pepagi, tumis je bwg, masukkan kiub ikan bilis setengah, masukkan telur dan kacau sampai hancur, masukkan nasi. Garam secukupnya. Siap!!

Nuggert sebagai lauk. itu pun terlajak goreng so warna dia ala2 hitam manis gitu. tak fokus masak pepagi sebab dah lama x masak banyak pagi2. ade yg perasan kot bento aku on-off sekarang. huhuhu :p





Tuesday, May 6, 2014

..::Bento 181 : Nasi Goreng Cina::..


Bento harini, nasi goreng cina dan sosej roll. Sosej roll ni aku buat semalam utk buka puasa. ade lebih sikit pagi ni panaskan balik. Mirzal bawak sosej roll dgn apple je. aku puasa.

Sosej Roll :-
Sosej - Aku suka belah 2, mcm padat sangat kalau balut seketul tu
Roti - Penyek kan dengan sudu nak senang gulung

Utk salutan :-
Tepung beras 3 sudu besar
Air - agak2 cukup cair
Garam sikit
serbuk kunyit sikit
Mix Herbs sikit.

Kenapa aku pakai tepung beras? 
Sebab lagi rangup. dah sejuk pun masih rangup.
 tak lembik mcm kalau kita celup telur.

*********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh [LINK]

..::Bento#180 : Nasi Goreng Planta::..

Bento minggu lepas -,-

nasi goreng planta biasa je. boh lada dalam sesudu kecik. utk buat rasabek.

Yg bulat2 tu apple. Umi liza kata dia x makan apple haritu. pulak dah.. selalu mintak.


**********************************************************
"Modern Solution to Modern Problem"
Pengedar Shaklee Sg.Buloh -LINK-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...